: My heart is thumping :

::: Premium Beautiful corset adalah 70% untuk Kesihatan; 30% untuk Kecantikan :::

MAKLUMAN PENTING!!!

B4 CONFIRM & mintak PROCEED, sila pastikan anda SERIOUS nak beli & READY buat pembayaran ok? Tq for your cooperation guys! :) *tp klu nak tny ape2 info boleh je...sharing is caring kan..hehe ^_~

Let's calculate your BMI

Weight (in Kilos) Height (in Centimeters)

BMI

Less than 18.5 : Underweight
18.5 - 24.9 : Normal
25 - 30 : Overweight
30 & above : Obesity

Thursday, June 23, 2011

Dah nak puasa, pastu Raya..yeah!^^

Bismillahirrahmanirrahim

Salam 1 Malaysia semua,

Haa pejam celik pejam celik kejap je dah nak penghujung bulan 6 kan? Awal bulan 8 dah masuk bulan puasa. Pastu raya la kita. Yuhuu bestnya! Raya setahun sekali je uolls!=) Sambutan raya yang sederhana atau meriah tetap perlukan duit kan? Apa je sekarang semua nak duit. Semua benda dah naik harga. *jangan mengeluh!

Sebut pasal raya. Korang dah buat kira2 perbelanjaan untuk raya tak? Mesti ada yang dah start tempah baju raya kan? Yela, ada jugak tailor yang dah tak nak amik tempahan baju raya. Kalau dah tak sempat nanti, beli siap je la. Ye tak? Bagi yang dah berkeluarga haruslah nak sediakan baju raya untuk diri sendiri, suami, & anak2 kan? Sepasang, dua pasang atau lebih? Tepuk dada tanya kemampuan masing2. =)

Macam mana pulak perbelanjaan persiapan raya yang lain? Actually kan tanpa korang sedar, perbelanjaan korang akan jadi lebih sebelum menjelang raya lagi taw! Iaitu masa bulan puasa. Haa kata je puasa, tapi belanja tuk berbuka bukan main lagi kan. Beli juadah itu ini akhirnya tak habis, haa kan dah membazir namanya tu! Pastu persiapan raya macam baju, kuih raya, etc. Majoriti kaum2 ibu termasuklah kaum2 bapa (yang dah berkeluarga) mesti nak tukar langsir baru, sarung sofa baru, nak cat dinding umah (luar/dalam), nak tukar kereta baru sebab nak bawak balik kampung, pendek kata kalau boleh semua nak baru la. *Hehehe! :p Ada tu siap tukar2 perabot, perkakas2 rumah yang lain. Perghh! Kalau camni la mau rabak poket! Huhuhu...

Bila habis je raya poket dah jadi macam ni. Uishh. Taknak la macam tu kan? So beringat sikit sebelum nak berbelanja ye? Rancang perbelanjaan korang. Itu yang penting. Senaraikan apa yang perlu dibeli. Berbelanja mengikut keperluan, bukan nafsu hokey? ;)

Dalam pada tu, jangan nanti sibuk berbelanja sampai lupa nak berzakat pulak ye. Tanggungjawab tu! Kalau yang belum berkeluarga, tetap kena bayar sendiri kalau korang dah kerja kan. Takkan la nak harap mak bapak lagi kan. Bagi yang dah berkeluarga (ni untuk kaum bapa), pastikan korang bayar tuk isteri & anak2 k? Sempena bulan baik tu jugak digalakkan korang bersedekah/buat amal jariah (bagi yang mampu). Bagi yang ada duit lebih, tak salah untuk berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. =)

Bersedia? Bersedia untuk apa? *Macam nak pergi perang pulak. Hehe! :p

Bersedia ke korang nak buat persiapan tu semua? Bersedia dari segi mental, fizikal & terutama sekali kewangan. Bagi yang inginkan pendapatan lebih, korang boleh la mula cari macam mana cara nak dapatkan pendapatan sampingan. Atau omputeh kata side income. Walaupun korang ada kerjaya tetap, tak salah korang buat side income. Untuk surirumah tangga sepenuh masa pulak, ini la masa korang nak tolong si suami buat duit tambahan bulanan.

Korang pun tahu kan DUIT ni penting dalam menjalani kehidupan seharian. Tak semestinya korang buat side income tu sekadar untuk shopping barang yang korang suka je or nak sangat2. Duit hasil dari side income tu korang boleh buat simpanan untuk masa depan samada untuk pelajaran anak2, untuk simpanan hari tua nanti, untuk kegunaan kecemasan masa akan datang, contoh bila ditimpa sakit dan perlukan perbelanjaan yang besar. PENTING KAN???

Bagi yang teringin sangat nak dapatkan etxra income, apa kata korang mula dari sekarang. Buat slow2 pun takpe. Sikit2 lama2 jadi bukit. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Kalau niat korang ikhlas untuk cari pendapatan tambahan, InsyaAllah ada jalan untuk korang. Rezeki itu ada, cuma kita perlu tahu macam mana nak cari rezeki itu. Tak dinafikan rezeki itu adalah pinjaman dari Yang Maha Esa, akan tetapi kita digalakkan untuk mencari rezeki itu dengan hati yang ikhlas & jujur. Dalam masa yang sama jangan la pula kita lupa padaNya. Nescaya Allah akan memberi ganjaran pada hambaNya yang sentiasa mengingatiNya dalam apa jua yang dilakukan. Walaupun sekecil mana atau sebesar mana ganjaran itu, jangan pulak kita lupa untuk mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan olehNya. Okay semua? =)

: BERUSAHA + BERDOA + BERTAWAKAL (^___~) :

*

*

*

Saya pun ada buat side income. Nak tahu macam mana? Buzz me!;)

Jom kita sama2 bantu diri sendiri, bantu keluarga.

Jom raya sama2 dengan gembiranya!!! *tak sabar menanti kehadiran orang baru raya nanti. Mudah2an semuanya selamat hendaknya. Amin!^^

*

*

*

016-216 5584

muniza.badarun@gmail.com


Suka ayat bawah ni, dari orang yang dah berjaya:

"dalam kehidupan ini,sewajarnya kita merancang apa yg ingin dilakukan.walaupun perjalanan kita di dunia ini sudah ditentukan Allah,namun usaha utk mencorak kehidupan dan mengubah gaya hidup mahupun hala tuju itu perlu dtg drpd diri kita sendiri.niat yg baik dlm setiap perkara yg ingin kita capai akan menjadi bonus kpd setiap usaha tersebut....:-)"


Regards & Success,


No comments:

Post a Comment