Selamat hari Jumaat semua,
Allergy...tidak!!!
Haa...tu la yang jadi pada saya sekarang. Baru lagi kena allergy ni. Mula2 allergy pada shrimp je. Pastu dah mula la allergy pada seafood. *adoiyai...dah tak dapat menikmati seafood! Aritu dapat flyer seafood restaurant, fuhh terbaik punya masak ketam..siap bermacam2 jenis masakan! Arghhh! :-(
Last week sangat teruk allergy wehh! Normally bila termakan je apa2 yang dimasak dengan udang, sotong, etc...mula la akan keluar bintik2 biji2 kat muka. Pastu akan rasa gatal2, panas2, merah2. Even saya tak la makan udang/sotong tu...cuma kan bila masak, air2 dari udang/sotong tu kan akan keluar. Takpun bila tekak ni teringin nak makan jenis2 sambal terutama sekali sambal belacan (belacan kan ada udang), pastu ape lagi...giler punya panas kat muka, maka keluarlah bintik2, merah2, gatal2. Part yang paling teruk kulit muka kat tempat yang keluar biji2 tu jadi keringggg!!! Jari jemari ni kan gatal sangat, bila kulit kering2 tu mula la nak kopek2 kutil2. Pastu ape lagi...pedih la kulit muka ni! Dah jadi merah, siap parut2. Lama kelamaan jadi makin teruk lah keringnya.
Last weekend sampai rasa malu nak berdepan dengan orang ramai. *Sebab fikir apa kata masyarakat dengan mukaku nanti. Tidakkk!!! Tapi nak buat macam mana kan..last week banyak jemputan kenduri sana sini. Terpaksalah gagahkan diriku untuk pergi jugak.
Mula la banyak suara2 yang bertanya "Ehh nape muka kau ni?"
Dengan perasaan yang malu saya pun jawablah "Erkk, ni allergy...."
Suara2 tu bertanya lagi "Allergy apa sampai teruk macam ni?" *Huh?? Apekah? Teruk sangat ke muka aku? Tak boleh jadi ni!
Saya jawab "Hurm, mula allergy udang. Pastu sekarang ni allergy semua jenis seafood, even ikan, ayam, telur pun tak boleh makan. Bila makan akan keluar biji2 ni haa, pastu kulit kering."
Pastu suara2 tu cakap la lagi bla bla bla. *Rasa nak menangis & jerit kuat2 durhh bila mereka cakap macam2...! Sob sob sob! :'(
Bila dah macam takut tengok muka sendiri & sangat tak tahan sebab tompok sana sini kat muka...so saya pun berkata la pada si suami:
Saya: Pa, tengok ni...teruk giler kan?
Suami: Eee yela sayang...jom kita pegi klinik kulit nak?
Saya: Ehh bukak ke klinik kulit hari ahad ni? Haa jap...nak call kawan yang pernah pegi klinik kulit.
Saya: Salam. Hello, Z ko tahu tak klinik kulit kat mana?
Z: Ko nape?
Saya: Alarr...kan semalam kita cakap pasal muka kita allergic ni...
Z: Ehh baik ko pegi specialist nyah. Tempat yang aku pergi dulu yang dekat dengan DBKL tu. Tapi tak bukak hari ahad. Situ sekali follow up dlm RM300++ termasuk ubat semua. New York Skin Solution pun ok. Tapi ko kena bayar RM5000. Kira macam ko buat installment.
Saya: Alamak mahal durh. Kita bukan nak buat follow up follow up ni. Kita nak klinik yang walk in je. Kira sekali pegi. Sebab kita bukan ada masalah kulit yang biasa kena pastu teruk giler2.
Z: Takpun ko tanya M sebab dia sekarang tengah follow up dengan doctor specialist untuk kulit dia jugak.
Saya: Owh yeke? Ok, thanks. Bye.
Tetiba si suami mencelah:
Suami: Haa pa tahu ada satu klinik kulit kat TTDI. Jom kita pegi ye. Alololo...kesian sayang papa ni ye.
Saya: Okay...*sambil buat muka sedey + simpati
Sampai je kami kat TTDI, klinik tu tutup pulak!
Saya: Adoi mak aii..boleh pulak tutup klinik ni!
Suami: Ha'ah la..hurm..Ye la, klinik kulit bukan macam klinik biasa, bukan hari2 orang sakit kulit. *Huh??Apekah?
Saya: Jap google tengok kat mana ada klinik kulit lagi. Haa ada ni haa kat PJ, KL.
Suami: Try call.
Saya: *calling* Takde orang jawab call pun. Lama sangat dah ni. Tutup jugak la tu. Eeeeee! Kita pegi pharmacy je la. Kat sini ada Guardian kan?
Ok, kami pun pusing2 la kat dalam TTDI tu...adoi ada pasar malam pulak. Semua orang parking macam toott! Nak mencelah sikit punya susah! Sampai Guardian, budak tu cakap "Pharmacist off-day harini kak. Cuba akak pergi Pure Aid seberang jalan tu." Saya: Owh yeke, ok thanks eh.
Si suami boleh pulak dia parking jauh suruh saya jalan kaki nak pergi pharmacy nun seberang jalan. Hati tengah panas ni! Sigh...
Sampai je kat pharmacy ngadu2 la kat pharmacist tu. Siap saya buat la aksi macam pedih2 sakit2 boleh pulak dia pun macam terasa sakit sama. *Haha kelakar kot! Kekeke...:p So dia pun kasi la cream dan pills ni:
Warm Regards,
No comments:
Post a Comment